BISNES DARI RUMAH


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.......

Selama 10 tahun saya kerja makan gaji, pelbagai pengajaran dan pelajaran saya lalui. Banyak juga ilmu yang saya perolehi dari kerjaya sebelum ini. 

Tapi jiwa saya seperti tidak serasi dengan kerjaya makan gaji. Ini mungkin disebabkan saya menurut sikap ayah saya yang mana dia seorang peniaga dari muda hingga akhir hayatnya. Oleh kerana ibu saya perlu selalu ke hospital dan kurang sihat. Saya terpaksa menjaganya dirumah. Jadi saya mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah.

Satu hari saya berjumpa satu laman web di facebook projekg.com. Melalui laman web ini saya mengenali produk Giffarine. Dengan bantuan En Hairudin bin Abdullah saya dapat mengenali lebih dekat dengan produk giffarine serta bagaimana untuk berjaya dengan produk ini dan membina kerjaya sebagai usahawan berjaya.

Syukur Alhamdullilah saya sekarang sedang meniti ke arah usahawan  berjaya. Dengan kelas yang saya ikuti setiap minggu bagi kekuatan kepada saya untuk  berjaya dan terus berjaya tanpa perlu menoleh kebelakang.

Marilah kita bersama- sama meniti kejayaan bersama Giffarine. Dengan kerjasama dan perkongsian ilmu bersama kita semua akan berjaya di dunia dan akhirat.

Semoga kita juga terus berjaya seperti mereka- mereka yang telah berjaya.


SETELAH SEBULAN DI DUNIA GIFFARINE

Alhamdullilah setelah sebulan di dunia giffarine banyak yang dapat dipelajari, membina keyakinan kendiri, ilmu-ilmu yang dipelajari setiap minggu seperti mengukuhkan lagi pengenalan produk, ilmu mejadi usahawan berjaya.

Terima kasih kepada En Hairrudin, rakan2 di giffarine, keluarga dan rakan2 semua yang sentiasa menyokong.

Pada 20hb Disember 2013... cabutan bulanan untuk setiap pembelian 150PV telah memberi tuah kepada saya kali ini dengan memiliki 2 hadiah, alhamdullilah. Satu lagi hadiah cabutan kehadiran. Ini menambah kekuatan diri untuk terus berjaya bersama produk giffarine.

Hadiah hasil cabutan pembelian bulan november 2013

No comments:

Post a Comment